Tuesday 30 April 2013

Keputusan kajian undi atas talian 29hb April 2013


Ini hasil keputusan kajian atas talian undian Parlimen P125 Putrajaya yang dijalankan semalam, Isnin 29 April 2013.



Responden seramai 438 orang pengundi Parlimen P125 Putrajaya. Tengku Adnan mendahului dengan undian sebanyak 50.9%, manakala Husam Musa 49.1%

Apa yang menyebabkan undian terhadap Husam Musa menunjukkan peningkatan? Adakah ia satu penerimaan terhadap Husam? Atau penolakan terhadap Tengku Adnan?

Untuk tujuan kajian PhD ini, saya amat berharap tuan/ puan boleh komen terutamanya pendapat tuan/ puan mengenai keputusan ini. Apa yang mendorong perubahan ini? 

Anda boleh mengundi untuk hari ini 30 April 2013 di sini

1 comment:

  1. Saudara Pengarang,

    Pengundi Online bukan penentu, boleh jadi yg mengundi itu hanya budak2 yg tak cukup umur untuk mengundi atau bukan pengundi yg bderdaftar dgn SPR..

    Walaupun Husam mendahului dlm pengundian online itu hanya psikologi agar orang merumuskan yg Husam lebih baik dari Ku Nan.. Faham2 jelah kan, berbaki 3 hari ni,,,semua orang MAXIMIZE serangan hendap ke kubu lawan melaui MEDIA SOSIAL dan SMS.
    Saya sendiri mendapat SMS dari Husam yg meminta Nama saya & Nombor IC... saya rasa Husam dah melanggar peraturan SPR dgn meminta nombor IC dan Nama pengundi..

    Apakah BUDI atau KHIDMAT yg pernah dicurahkan oleh Husam kepada Penduduk Putrajaya sebelum ini. Husam hanya datang berkampung di Putrajaya beberapa hari sebelum penamaan calon..
    Calon payung terjun sukar untuk diterima. Sedangkan Ku Nan sudah 2 penggal di Putrajaya.

    Tidak dinafikan di Putrajaya ini, terlalu ramai Kelantenese & Terengganuers yg Pro PAS, namun begitu persoalaannya ialah APAKAH MEREKA PENGUNDI DI PARLIMEN P125PUTRAJAYA atau mereka akan balik beramai ramai ke Pantai Timur Jumaat & Sabtu utk membuang undi di sana..

    Saya yakin, pengundi Melayu yg rata-ratanya kakitangan Awam akan memangkah dan memberi mandat kepada BARISAN NASIONAL....

    ReplyDelete