Saturday 4 May 2013

Keputusan kajian undi atas talian 2 dan 3 Mei 2013



Saya mohon maaf kerana tidak mengemaskini keputusan semalam. Saya agak kesibukan dalam menemuramah pengundi di sekitar Putrajaya. Sebenarnya kajian PhD saya berkaitan tentang hybrid method for online poll: qualitative and quantitative. Saya agak teruja dengan kajian qualitative melalui temuramah dan hasilnya terlewat kemaskini. Pohon maaf.

Ini hasil keputusan kajian atas talian undian Parlimen P125 Putrajaya yang dijalankan pada 2 dan 3 Mei 2013.



Ini satu dapatan yang sangat menarik. Untuk tujuan kajian PhD ini, saya amat berharap tuan/ puan boleh komen terutamanya pendapat tuan/ puan mengenai keputusan ini. Apa yang mendorong perubahan ini? 

Saya tidak sabar untuk lihat keputusan sebenar esok kerana ia sedikit sebanyak memberikan satu penilaian terhadap kaedah hybrid yang saya cadangkan dalam kajian PhD saya.

Anda boleh mengundi untuk hari ini 4 Mei 2013 di sini


Thursday 2 May 2013

Keputusan kajian undi atas talian 1 Mei 2013


Ini hasil keputusan kajian atas talian undian Parlimen P125 Putrajaya yang dijalankan semalam, Rabu 1 Mei 2013.



Responden seramai 472 orang pengundi Parlimen P125 Putrajaya. 
Tengku Adnan ketinggalan dengan undian sebanyak 49.5%, manakala Husam Musa mendahului sebanyak 50.5% undian.

Ini satu dapatan yang sangat menarik. Untuk tujuan kajian PhD ini, saya amat berharap tuan/ puan boleh komen terutamanya pendapat tuan/ puan mengenai keputusan ini. Apa yang mendorong perubahan ini? 

Anda boleh mengundi untuk hari ini 2 Mei 2013 di sini

Wednesday 1 May 2013

Keputusan kajian undi atas talian 30hb April 2013



Ini hasil keputusan kajian atas talian undian Parlimen P125 Putrajaya yang dijalankan semalam, Selasa 30 April 2013.



Responden seramai 463 orang pengundi Parlimen P125 Putrajaya. 
Tengku Adnan ketinggalan dengan undian sebanyak 49.9%, manakala Husam Musa mendahului sebanyak 50.1% undian.

Ini satu dapatan yang sangat menarik. Untuk tujuan kajian PhD ini, saya amat berharap tuan/ puan boleh komen terutamanya pendapat tuan/ puan mengenai keputusan ini. Apa yang mendorong perubahan ini? 

Anda boleh mengundi untuk hari ini 1 Mei 2013 di sini